Isnin, 26 April 2010

MURID ISLAM TAK PERCAYAKAN ALLAH?

Baru-baru ini saya menerima SMS daripada seorang rakan tentang aduan seorang GPK... katanya "Guru agama hanya mengajar sahaja. P&P dijalankan tetapi langsung tidak berdakwah kepada murid..Murid tak percayakan Allah pun dibiarkan..".

Bagi saya... kesalahan pertama terletak pada ibubapa.... TETAPI, kesalahan utama adalah pada Guru Agama....

Perlu diingat.... bayi yang lahir adalah kain putih, dan ibubapanyalah yang mewarnakannya... kerana itu apabila lahir sahaja ke dunia, bapa dituntut azan dan qamat di telinga anak tersebut... Kemudian seterusnya perlunya ibubapa mewujudkan suasana dan budaya Islam di rumahnya...

Disekolah pula, pasti GPI yang bertanggungjawab.... Mengajar jangan hanya bergantung kepada Sukatan Pelajaran.... Ingatlah... Anak-anak hari inilah yang akan memimpin hari esok...

Mendidik anak bangsa bukanlah semudah yang disangka... Walaupun Pendidikan Islam kelihatan seperti tidak penting, tetapi itulah pelajaran yang terpenting untuk menanam nilai dan aqidah ke dalam diri murid-murid..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...