SK Taman Pantai Sepang Putra telah ditubuhkan pada
November 2002 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Seramai 13 kakitangan
telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah ini iaitu 11 orang guru
dan seorang kerani bagi menguruskan urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Pentadbir
pertama yang bertanggungjawab membangunkan sekolah ini adalah Tuan Haji Mohamad
Nasir bin Meskam yang bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum, Tuan Haji Mohamad Hilal bin Mad Noh memegang jawatan sebagai Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Mohd Zaki bin Said sebagai Guru Penolong Kanan
Ko-kurikulum. Seramai lapan orang guru lain juga telah bersama-sama berpadu
tenaga bagi merealisasikan sekolah ini iaitu : Pn Noripah bt Darusan,Pn Sri Suhana bt Silim, Pn
Mariana bt Mukri, Pn Kilauwati bt Abdullah, Pn Khalijah bt Ibrahim, Cik Aznita
bt Mohamed Akhyar, Pn Mazliah bt Misran dan Pn Jameah bt Yasin.
Bagi
melancar dan mengukuhkan lagi operasi pengendalian di sekolah, Tuan Haji Mohmad
Nasir dengan kerjasama guru-guru telah membuka kedai buku sekolah untuk
menyediakan kelengkapan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti buku tulis,
alat tulis dan sebagainya.
Misi,
visi dan lagu sekolah telah dicipta sendiri oleh warga perintis sekolah ini
secara eksklusif oleh Tuan Haji Nasir bin Meskam, Tuan Haji Mohd bin Mad Noh
dan juga Encik Mohd Zaki bin Said.
Pada April 2003, Guru Besar pertama telah
ditugaskan bagi menyempurnakan lagi struktur organisasi sekolah ini iaitu Tuan
Haji Mohammad Noor bin Sanusi. Kemudahan yang telah tersedia pada ketika ini
merangkumi kemudahan di dalam kelas seperti kerusi dan meja, papan hitam dan
sebagainya dan juga sistem keselamatan yang dititikberatkan dengan adanya
pengawal keselamatan yang bertugas setiap masa.
Pada
awal pembukaannya, seramai 150 orang murid telah mendaftar dari Tahun Satu
hingga Tahun Lima. Bilangan murid kemudiannya meningkat dari tahun ke tahun.
Pada tahun 2004, dengan murid seramai 250 orang, kelas tahun enam dan kelas
Program Pendidikan Khas Intergrasi telah
diwujudkan. Puan Latifah bt Nikmat adalah Penolong Kanan PPKI yang
pertama. Pada tahun 2009, murid sekolah
ini pernah mencapai seramai 670 orang dengan kekuatan guru seramai 51 orang.
Kini, pada tahun 2017, murid-murid SKTPSP adalah seramai 573 orang dengan guru
seramai 55 orang dan kakitangan bukan guru seramai 8 orang.
Kemudahan
prasarana semakin berkembang sejajar dengan percambahan penduduk yang kian
bertambah dari semasa ke semasa. Pra-sekolah telah ditubuhkan pada 2005 dan
seramai 25 orang murid telah mendaftar bagi memenuhi keperluan pendidikan awal
kanak-kanak pada waktu itu. Pada tahun 2007 telah dibuka pra-sekolah yang kedua
bagi menampung peningkatan murid yang mendaftar dengan jumlah 25 orang. Pada
tahun 2010 telah diwujudkan kelas Pendidikan Khas untuk murid pra-sekolah bagi
murid kurang upaya.
Pada
tahun 2008, SKTPSP pernah dinobatkan sebagai Sekolah Bestari (Penanda Aras)
Luar Bandar kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang ICT.
Guru Besar yang pernah bertugas di SKTPSP:
1. 1. Tn Hj Muhammad
Noor bin Sanusi (2003-2011)
2. 2. Puan Rokiah
binti Yaacob (2012-2017)
3. 3. Puan Yaw Suranie@Surianie binti Asang (2017 – 2019)
4. Encik Hellmy bin Yusof @ Hj Idris (2019-2021)
44.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan