Sewajarnya sejak kecil lagi anak-anak diajar cara bagaimana beribadah dengan betul. Bermula dari cara-cara bersuci, solat, puasa dan lain-lain lagi.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat” (HR. Al-Bukhari).
“Ajarlah anak-anak kamu untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika mereka berusia sepuluh tahun (jika tidak mahu melakukan solat)” (Shahih. Lihat Shahih Shahihil Jami’ karya Al-Albani).
Apabila mereka sudah boleh menjaga solat, maka ajaklah pula mereka solat berjama’ah di masjid atau surau. Kebiasaan ini insya allah akan melatih mereka berdisiplin dalam beragama.
Jangan lupa pula untuk menerangkan kepentingan solat dan hikmah solat kepada anak-anak, supaya mereka tidak merasa perbuatan mereka itu sia-sia sahaja. Jadi, ibu bapa jugalah yang mesti bersedia dengan ilmu.
Disiplin ini sebenarnya secara tidak langsung membina sahsiah anak-anak tanpa paksaan… menanam keikhlasan dan kejujuran di dalam hati… Mengajar erti amanah dan tanggungjawab…. Serta menyuburkan akhlak terpuji… seiring dengan doa anda sebagai ibu bapa mereka…. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan