Ahad, 25 Julai 2010

3• Mengajar Al-Quran, Hadis, Doa Dan Dzikir Bermula Dengan Yang Ringan

Dimulakan dengan surat Al-Fatihah dan surah-surah yang pendek seperti "Tiga Qul"(Surah anNas, al Falaq dan al Ikhlas) serta doa tahiyat untuk shalat.

Di samping itu, hantarlah anak ke sekolah agama atau menyediakan guru khusus yang mengajar agama dan al qur an (masih memerlukan pengawasan dan perhatian ibubapa). Kemudiannya galakkan anak-anak membaca dan menghafal Al-Quran serta hadis (sebenarnya ini adalah antara cara mengasah minda dan memberi santapan rohani).
Begitu juga dengan doa dan zikir harian, galakkan anak-anak mengamalkan zikir tersebut seperti doa masuk dan keluar tandas, masuk dan keluar rumah, sebelum dan selepas makan dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...