Ahad, 22 Ogos 2010

DIDIK TENTANG AKHLAK DAN LARANG PERBUATAN HARAM.

Amat pelik rasanya jika ada ibu atau bapa yang suka melihat anaknya menjadi orang yang rendah akhlaknya. Anaklah hasil susah payah didikan kita sebagai ibu bapa. Justeru itu, sebelum terlambat ajarlah anak dengan berbagai adab Islami.. Makan dengan tangan kanan, mengucap basmalah, jaga kebersihan, memberi salam kepada sesama Islam, menghormati orang tua dan lain-lain lagi.

Amar maaruf dan Nahi mungkar tidak dapat dipisahkan... Semasa mengajar tentang akhlak, ajar dan didik juga tentang batasan dan larangan agar setiap perbuatan. Contohnya, makan boleh tetapi jangan berlebihan, atau berkawan boleh, tapi kena pilih sahabat... kerana sahabat akan mencorak tingkah laku anak kita.

Akhir-akhir ini para ibu bapa maca leka hingga tidak sedar telefon bimbit banyak merosakkan anak-anak.  Bukan saya nak menafikan kepentingan telefon.... Tetapi pemantauan yang berterusan dan batas waktu penggunaan atau peraturan penggunaan perlu dikenakan terutamanya bagi anak-anak yang masih bersekolah.... 

Terlalu banyak contoh yang boleh diambil dari akibat penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak yang masih belum matang. Mereka boleh 'berzina' di dalam telefon, membuang masa ber'sms', memuat turun gambar-gambar lucah dan lain-lain lagi... Walla hu a'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...