Rabu, 27 Oktober 2010

LAWATAN DELEGASI KEMENTERIANA PENDIDIKAN SRI LANGKA


TARIKH : SEKITAR TAHUN 2010

ROMBONGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN SRI LANGKA




Ahad, 22 Ogos 2010

DIDIK TENTANG AKHLAK DAN LARANG PERBUATAN HARAM.

Amat pelik rasanya jika ada ibu atau bapa yang suka melihat anaknya menjadi orang yang rendah akhlaknya. Anaklah hasil susah payah didikan kita sebagai ibu bapa. Justeru itu, sebelum terlambat ajarlah anak dengan berbagai adab Islami.. Makan dengan tangan kanan, mengucap basmalah, jaga kebersihan, memberi salam kepada sesama Islam, menghormati orang tua dan lain-lain lagi.

Amar maaruf dan Nahi mungkar tidak dapat dipisahkan... Semasa mengajar tentang akhlak, ajar dan didik juga tentang batasan dan larangan agar setiap perbuatan. Contohnya, makan boleh tetapi jangan berlebihan, atau berkawan boleh, tapi kena pilih sahabat... kerana sahabat akan mencorak tingkah laku anak kita.

Akhir-akhir ini para ibu bapa maca leka hingga tidak sedar telefon bimbit banyak merosakkan anak-anak.  Bukan saya nak menafikan kepentingan telefon.... Tetapi pemantauan yang berterusan dan batas waktu penggunaan atau peraturan penggunaan perlu dikenakan terutamanya bagi anak-anak yang masih bersekolah.... 

Terlalu banyak contoh yang boleh diambil dari akibat penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak yang masih belum matang. Mereka boleh 'berzina' di dalam telefon, membuang masa ber'sms', memuat turun gambar-gambar lucah dan lain-lain lagi... Walla hu a'lam...

Ahad, 25 Julai 2010

3• Mengajar Al-Quran, Hadis, Doa Dan Dzikir Bermula Dengan Yang Ringan

Dimulakan dengan surat Al-Fatihah dan surah-surah yang pendek seperti "Tiga Qul"(Surah anNas, al Falaq dan al Ikhlas) serta doa tahiyat untuk shalat.

Di samping itu, hantarlah anak ke sekolah agama atau menyediakan guru khusus yang mengajar agama dan al qur an (masih memerlukan pengawasan dan perhatian ibubapa). Kemudiannya galakkan anak-anak membaca dan menghafal Al-Quran serta hadis (sebenarnya ini adalah antara cara mengasah minda dan memberi santapan rohani).
Begitu juga dengan doa dan zikir harian, galakkan anak-anak mengamalkan zikir tersebut seperti doa masuk dan keluar tandas, masuk dan keluar rumah, sebelum dan selepas makan dan lain-lain.

Selasa, 13 Julai 2010

2• MENGAJAR ANAK MELAKSANAKAN IBADAH.

Sewajarnya sejak kecil lagi anak-anak diajar cara bagaimana beribadah dengan betul. Bermula dari cara-cara bersuci, solat, puasa dan lain-lain lagi.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat” (HR. Al-Bukhari).
“Ajarlah anak-anak kamu untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika mereka berusia sepuluh tahun (jika tidak mahu melakukan solat)” (Shahih. Lihat Shahih Shahihil Jami’ karya Al-Albani).
Apabila mereka sudah boleh menjaga solat, maka ajaklah pula mereka solat berjama’ah di masjid atau surau. Kebiasaan ini insya allah akan melatih mereka berdisiplin dalam beragama.
Jangan lupa pula untuk menerangkan kepentingan solat dan hikmah solat kepada anak-anak, supaya mereka tidak merasa perbuatan mereka itu sia-sia sahaja. Jadi, ibu bapa jugalah yang mesti bersedia dengan ilmu.
Disiplin ini sebenarnya secara tidak langsung membina sahsiah anak-anak tanpa paksaan… menanam keikhlasan dan kejujuran di dalam hati… Mengajar erti amanah dan tanggungjawab…. Serta menyuburkan akhlak terpuji… seiring dengan doa anda sebagai ibu bapa mereka…. Wallahu a'lam.

Jumaat, 14 Mei 2010

Renungan Buat Ibu

Setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih... Ibubapanya lah yang bertanggungjawab mencorakkannya.... Jangan pula menyalahkan orang lain jika ia mencari 'racun'... Sebaliknya, teruslah berusaha dan berdoa agar tetap menjadi soleh dan solehah... yang mendoakan ibubapanya setelah ketiadaan mereka...

Isnin, 10 Mei 2010

Surat Seorang Ibu

SEMPENA HARI IBU NI... RENUNGKANLAH SEGALA JASANYA MENDIDIK KITA SELAMA INI.... TIDAK PERNAH PENAT MELAYAN KARENAH KITA.... KASIHNYA YANG TIDAK PERNAH KURANG... DAN YANG PASTI KITA TIDAK AKAN DAPAT MEMBALAS JASANYA...

BACAAN YASIIN DAN SOLAT HAJAT

Salam.... dah lama rasanya tak update...
Baru-baru ni saya pelawa anak murid Tahun Enam saya membaca surah Yasin dan solat sunat hajat seminggu sekali...  Gembira mereka sebab nak buat ibadah tu sedangkan selama ni mereka kecil hati dengan saya sebab saya tak nak buat.

Sebenarnya, kelas ni adalah kelas 'lemah' (bukan bodoh... cuma kurang menguasai atas sebab sikap..). Jadi saya lebih tekankan penguasaan dan amalan ibadah wajib dahulu... Bacaan al qur an diorang belum kuasai... Banyak salah walaupun mad asli.. Saya rasa nak diorang kuasai bacaan dulu... itupun kalau sempat sebelum UPSR...

Entahlah... saya rasa akhir-akhir ini agak susah nak pastikan murid-murid melakukan solat fardhu dengan ikhlas....agaknya di mana silapnya ya?... Dah penat bercakap dan bercakap.... Sedih rasanya.... Gagal mendidik...

Saya terlupa... hidayah itu milikNYA.... Jadi hari ni saya beri murid-murid saya satu doa yang selalu saya amal..
اللهم نور قلبي بنور هديتك كما نورت الأرض بنور شمسك أبدا أبدا برحمتك ياأرحم الرحمين


Rupa-rupanya dalam pada saya susah hati, Allah bagi petunjuk... Saya terbaca doa di dalam al qur an... Surah Ibrahim, ayat 40 dan 41... dan doa ni pun merupakan nasyid kumpulan Raihan (kalau tak silap saya)


40. Ya Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan Kami, perkenankanlah doaku.


41. Ya Tuhan Kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".

Saya terus minta anak murid saya salin, cari makna, dan baca setiap kali saya masuk... Semoga Allah membantu saya... Amiin..

Isnin, 26 April 2010

MURID ISLAM TAK PERCAYAKAN ALLAH?

Baru-baru ini saya menerima SMS daripada seorang rakan tentang aduan seorang GPK... katanya "Guru agama hanya mengajar sahaja. P&P dijalankan tetapi langsung tidak berdakwah kepada murid..Murid tak percayakan Allah pun dibiarkan..".

Bagi saya... kesalahan pertama terletak pada ibubapa.... TETAPI, kesalahan utama adalah pada Guru Agama....

Perlu diingat.... bayi yang lahir adalah kain putih, dan ibubapanyalah yang mewarnakannya... kerana itu apabila lahir sahaja ke dunia, bapa dituntut azan dan qamat di telinga anak tersebut... Kemudian seterusnya perlunya ibubapa mewujudkan suasana dan budaya Islam di rumahnya...

Disekolah pula, pasti GPI yang bertanggungjawab.... Mengajar jangan hanya bergantung kepada Sukatan Pelajaran.... Ingatlah... Anak-anak hari inilah yang akan memimpin hari esok...

Mendidik anak bangsa bukanlah semudah yang disangka... Walaupun Pendidikan Islam kelihatan seperti tidak penting, tetapi itulah pelajaran yang terpenting untuk menanam nilai dan aqidah ke dalam diri murid-murid..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...